Quantcast
Channel: Kad Pengenalan – Jabatan Pendaftaran Negara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20

Permohonan Gantian Hilang Kad Pengenalan (MyKad Atau MyPR)

$
0
0

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN; atau

2. Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN tanpa sebarang dokumen atau boleh membawa dokumen sokongan sekiranya ada (asal dan salinan).

1. Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau

2. Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau

3. Surat pengesahan dari Penjara atau Pusat Serenti [bagi bekas banduan atau pelatih pusat]; atau

4. Kad Pelajar atau surat pengesahan dari Pengetua sekolah atau Pendaftar institusi pengajian tinggi [bagi pelajar dari mana-mana sekolah atau kolej atau institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara]; atau

5. Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.

Makluman: Bagi permohonan melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” di portal JPN bayaran hanya menggunakan kad kredit sahaja.

Warganegara. 
Bayaran Hilang bagi MyKad sahaja.
Jadual Pembayaran 4A

Kehilangan Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama 10.00 100.00 110.00
Kali Kedua 10.00 300.00 310.00
Kali Ketiga dan seterusnya 10.00 1,000.00 1,010.00

Bukan Warganegara.
Bayaran Hilang bagi MyPR sahaja.
Jadual Pembayaran 4B

Kehilangan Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama 40.00 100.00 140.00
Kali Kedua 40.00 300.00 340.00
Kali Ketiga dan seterusnya 40.00 1,000.00 1,040.00

Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian hilang Kad Pengenalan yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan atau sekiranya Kad Pengenalan lama dijumpai semula.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 20